Mudzakarah 6 sifat sahabat  

Posted by ReDZuaN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Allah meletakkan kejayaan dan kebahagian seseorang itu hanyalah pada agama Islam yang sempurna. Agama Islam adalah agama yang sempurna dibawa oleh Rasulullah S.A.W, meliputi iman, ibadah, muamalah, Muasyarat dan akhlak. Pada akhir zaman ini umat Islam termasuk penulis sendiri tidak ada kekuatan dan kemampuan untuk mengamalkan Islam secara sempurna. Para sahabat R.A telah sukses dalam hidupnya dalam mengamalkan Islam secara sempurna kerana mereka memiliki 6 sifat yang membawa mereka kepada kejayaan Islam. Antara 6 sifat sahabat :

1. Hakikat yakin kepada kalimah thoyyibah "Laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah"

Erti: Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah

Cara mendapatkan :

  • Dakwahkan pentingnya iman yakin.
  • Latihan dengan cara memperbanyak halaqah-halaqah.
  • Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat iman dan yakin.
Erti Muhammadarrasulullah:
Yakin bahawa jalan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku." As-Sajzi dari Anas R.A dari Nabi Muhammad S.A.W

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid" -Riwayat Baihaqi-

Cara mendapatkan :
  • Dakwahkan pentingnya menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.
  • Berusaha menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita selama 24 jam.
  • Berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menghidupkan sunnah Rasulallah.


2. Hakikat solat khusyu' dan khudu'

Erti: Solat konsentrasi batin dan merendahkan diri dengan mengikut cara yang dicontohkan oleh Rasullah S.A.W

Maksud solat khusyu' dan khudu'
Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah S.W.T di dalam solat ke dalam kehidupan sehari-hari.

Allah S.W.T berfirman:
"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
(Surah Al-Ankabut: Ayat 45)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu'"
(Surah Al-Baqarah: Ayat 45)

Cara mendapatkannya:

1. Dakwahkan pentingnya solat
2. Latihan dengan cara :
  • Sentiasa memperbaiki solat
  • Menghadirkan keagungan Allah
  • Belajar menyelesaikan masalah dengan solat
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat solat khusyu' dan khudu'.


3. Ilmu dan Zikir

Erti Ilmu: Semua petunjuk datang dari Allah melalui baginda Rasulullah S.A.W
Erti Zikir: Mengingat Allah tentang keagunganNYA

maksudnya: Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangaNYA pada setiap saat dan keadaan dengan menghadirkan diri dengan keagungan Allah di dalam hati dan ikut cara Rasulullah S.A.W

Fadhilat ilmu:

“Sebaik-baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu Ilmu ,kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara Islamnya” -Riwayat Ibnu Majah-

“Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudah jalannya menuju syurga” -HR.Muslim-
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat” -Al Mujadalah:11-

Fadhilat Zikir:

"Orang orang yang beriman dan hati mereka akan menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram" - Ar Ra`d:28-

"Laki laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan mereka pengampunan dan pahala yang agung" -Al Ahzab:35-

Cara mendapatkan ilmu fadhail:

1. Dakwahkan pentingnya ilmu fadhail
2. Latihan dengan cara :
a. Duduk dalam halaqah fadhail di masjid dan di rumah.
b. Ajak manusia untuk duduk dalam halaqah fadhail
c. Hadirkan fadhail dalam setiap amalan .
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat ilmu masail.

Cara mendapatkan zikir:

1. Dakwahkan pentingnya zikir kepada Allah
2. Latihan dengan cara
a. Istiqomah dalam membaca Al Quran (Setiap hari)
b. Membaca Tasbihat, Selawat, Istigfar 100 kali
Ketika membaca Tasbihat, hadirkan kemahasucian Allah
Ketika membaca Selawat, ingat jasa-jasa Rasulullah kepada kita.
Ketika membaca Istigfar, hadirkan sifat Maha Pengampunnya Allah.
c. Amalkan Doa Harian
3. Berdoa kepada Allah diberikan hakikat zikir


4. Ikromul Muslimin

Erti: Memuliakan sesama orang islam
Maksud Ikromul Muslimin
Menunaikan hak hak semua orang islam tak meminta hak daripadanya

Fadhilat

"Barangsiapa yang menutupi aib saudara muslimnya, maka Allah akan menutup aibnya di dunia mahupun di akhirat" -Hadis Riwayat Muslim-

Cara mendapatkan :
1. Dakwahkan pentingnya ikram
2. Latihan dengan cara :
a. Memberi salam kepada orang yang kita kenal ataupun yang tidak kita kenal.
b. Menyayangi yang muda, menghormati yang tua, memuliakan ulama dan menghormati sesama manusia
c. Bergaul dengan semua orang yang berbeda-beda wataknya.
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan akhlak sebagaimana akhlak Baginda Rasulullah S.A.W.


5. Tashihun niat

Ertinya : Membetulkan niat / Meluruskan niat

Erti Tashihun niat : Membersihkan niat semata mata kerana Allah

Fadhilat
1. Sesungguhnya Allahtidak akan menerima amalan seseorang kecuali dengan ikhlas.

2. Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupamu dan hartamu tetapi Dia akan memandang pada hatimu dan amalanmu.

3. Baginda Rasulullah Saw. Bersabda : Wahai Muadz jagalah keihklasan kerana amal yang ikhlas walau sedikit akan mencukupi.
Cara mendapatkannya

1. Dakwahkan pentingnya ikhlas.
2. Latihan dengan cara : setiap beramal periksa niat kita, sebelum beramal, ketika beramal dan setelah beramal, bersihkan niat agar semata-mata hanya kerana Allah.
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat ikhlas dalam beramal.


6. Dakwah dan tabligh khuruj fi sabilillah

Ertinya: Dakwah mengajak, Tabligh menyampaikan dan khuruj fisabilillah adalah keluar di jalan Allah.

Maksud:

1. Memperbaiki diri, iaitu bagaimana dapat menggunakan harta, diri dan waktu sebagaimana yang diperintahkan Allah.

2. Menghidupkan agama secara sempurna pada diri sendiri dan semua manusia diseluruh alam dengan menggunakan harta dan diri sendiri.


Fadhilat:
1. Allah berfirman : dan adakah yang perkataannya lebih baik daripada seseorang yang mengajak manusia kepada Allah.

2. Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk kebaikan dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang mengamalkan.

3. Sepagi sepetang di jalan Allah lebih baik daripada mendapatkan dunia dan seisinya.

Cara mendapatkan:

1. Dakwahkan pentingnya dakwah dan tabligh.

2. Latihan dengan cara : keluar dijalan Allah minimal 4 bulan seumur hidup, 40 h setiap tahun, 3hari setiap bulan dan 2,5 jam setiap hari. Tingkatkan dengan cara bertahap-tahap menjadi 4 bln tiap tahun, 10h tiap bulan dan 8 jam setiap hari.

3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakekat dakwah dan tabligh yaitu dapat menggunakan harta, diri dan waktu untuk kepentingan agama.

































This entry was posted on Sunday, November 23, 2008 at Sunday, November 23, 2008 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment