Facebook  

Posted by ReDZuaN

I`m officially deactivate my facebook account.

Sime Darby Energy  

Posted by ReDZuaN


F9JT Sail Away

Alhamdulillah. Lastly I`m finished the Sime Darby Management Apprenticeship Programme held at Palace of Golden Horses Hotel from 6 July 2009 to 25 July 2009. Now i`m posted to Sime Darby Energy at Pasir Gudang. I will be there for 11 month for On Job Training Purpose. I was assigned to QAHSE Department (Quality Assurance & Quality Control, Health Safety Environment) in Source Inspection section. May Allah give strenght to me, for surviving in this new environment. Amiin.

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon  

Posted by ReDZuaN

Done!! 42km in 4h20Min26Sec

 

Posted by ReDZuaN

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)

PDRM Highway Eagle  

Posted by ReDZuaN

Mitsubishi Lancer Evolution X Police Highway EagleVersion

Mitsubishi Lancer Evolution X 2.0 RS (M) Specifications



Engine
Engine capacity 1,998 cc
Engine type 16 valve DOHC MIVEC turbocharged
Compression ratio 9
Bore x Stroke (86.0 x 86.0) mm
Power 280 bhp
Torque 422 Nm
Performance
Acceleration unknown
Top Speed unknown
Fuel consumption 10.2 km\L
Misc technical data
Transmission 5-speed manual
Drive type 4WD
Measurements
Dimensions (L x W x H) (4495 x 1810 x 1480)mm
Wheelbase 2,650mm
Min turning radius 5,900mm
Kerb weight 1,420kg
Fuel tank capacity 50L
Brakes
Brakes (Front) Ventilated disc with BREMBO calipers
Brakes (Rear) Ventilated disc with BREMBO calipers
Suspension
Suspension (Front) Macpherson struts
Suspension (Rear) Multi-link





Add Video

Standard Chartered KL Marathon  

Posted by ReDZuaN

undefined

Service Engineer  

Posted by ReDZuaN

Alhamdulillah Allah mudahkan untuk dapat kerja masa gawat gawat ni.

Company : One Dental supply Sdn Bhd
Position : Service Engineer

To those need dental product, consultation and maintenance please do not hesitated to contact me.

Mudzakarah 6 sifat sahabat  

Posted by ReDZuaN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Allah meletakkan kejayaan dan kebahagian seseorang itu hanyalah pada agama Islam yang sempurna. Agama Islam adalah agama yang sempurna dibawa oleh Rasulullah S.A.W, meliputi iman, ibadah, muamalah, Muasyarat dan akhlak. Pada akhir zaman ini umat Islam termasuk penulis sendiri tidak ada kekuatan dan kemampuan untuk mengamalkan Islam secara sempurna. Para sahabat R.A telah sukses dalam hidupnya dalam mengamalkan Islam secara sempurna kerana mereka memiliki 6 sifat yang membawa mereka kepada kejayaan Islam. Antara 6 sifat sahabat :

1. Hakikat yakin kepada kalimah thoyyibah "Laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah"

Erti: Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah

Cara mendapatkan :

  • Dakwahkan pentingnya iman yakin.
  • Latihan dengan cara memperbanyak halaqah-halaqah.
  • Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat iman dan yakin.
Erti Muhammadarrasulullah:
Yakin bahawa jalan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku." As-Sajzi dari Anas R.A dari Nabi Muhammad S.A.W

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid" -Riwayat Baihaqi-

Cara mendapatkan :
  • Dakwahkan pentingnya menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.
  • Berusaha menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita selama 24 jam.
  • Berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menghidupkan sunnah Rasulallah.


2. Hakikat solat khusyu' dan khudu'

Erti: Solat konsentrasi batin dan merendahkan diri dengan mengikut cara yang dicontohkan oleh Rasullah S.A.W

Maksud solat khusyu' dan khudu'
Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah S.W.T di dalam solat ke dalam kehidupan sehari-hari.

Allah S.W.T berfirman:
"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
(Surah Al-Ankabut: Ayat 45)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu'"
(Surah Al-Baqarah: Ayat 45)

Cara mendapatkannya:

1. Dakwahkan pentingnya solat
2. Latihan dengan cara :
  • Sentiasa memperbaiki solat
  • Menghadirkan keagungan Allah
  • Belajar menyelesaikan masalah dengan solat
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat solat khusyu' dan khudu'.


3. Ilmu dan Zikir

Erti Ilmu: Semua petunjuk datang dari Allah melalui baginda Rasulullah S.A.W
Erti Zikir: Mengingat Allah tentang keagunganNYA

maksudnya: Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangaNYA pada setiap saat dan keadaan dengan menghadirkan diri dengan keagungan Allah di dalam hati dan ikut cara Rasulullah S.A.W

Fadhilat ilmu:

“Sebaik-baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu Ilmu ,kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara Islamnya” -Riwayat Ibnu Majah-

“Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudah jalannya menuju syurga” -HR.Muslim-
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat” -Al Mujadalah:11-

Fadhilat Zikir:

"Orang orang yang beriman dan hati mereka akan menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram" - Ar Ra`d:28-

"Laki laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan mereka pengampunan dan pahala yang agung" -Al Ahzab:35-

Cara mendapatkan ilmu fadhail:

1. Dakwahkan pentingnya ilmu fadhail
2. Latihan dengan cara :
a. Duduk dalam halaqah fadhail di masjid dan di rumah.
b. Ajak manusia untuk duduk dalam halaqah fadhail
c. Hadirkan fadhail dalam setiap amalan .
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat ilmu masail.

Cara mendapatkan zikir:

1. Dakwahkan pentingnya zikir kepada Allah
2. Latihan dengan cara
a. Istiqomah dalam membaca Al Quran (Setiap hari)
b. Membaca Tasbihat, Selawat, Istigfar 100 kali
Ketika membaca Tasbihat, hadirkan kemahasucian Allah
Ketika membaca Selawat, ingat jasa-jasa Rasulullah kepada kita.
Ketika membaca Istigfar, hadirkan sifat Maha Pengampunnya Allah.
c. Amalkan Doa Harian
3. Berdoa kepada Allah diberikan hakikat zikir


4. Ikromul Muslimin

Erti: Memuliakan sesama orang islam
Maksud Ikromul Muslimin
Menunaikan hak hak semua orang islam tak meminta hak daripadanya

Fadhilat

"Barangsiapa yang menutupi aib saudara muslimnya, maka Allah akan menutup aibnya di dunia mahupun di akhirat" -Hadis Riwayat Muslim-

Cara mendapatkan :
1. Dakwahkan pentingnya ikram
2. Latihan dengan cara :
a. Memberi salam kepada orang yang kita kenal ataupun yang tidak kita kenal.
b. Menyayangi yang muda, menghormati yang tua, memuliakan ulama dan menghormati sesama manusia
c. Bergaul dengan semua orang yang berbeda-beda wataknya.
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan akhlak sebagaimana akhlak Baginda Rasulullah S.A.W.


5. Tashihun niat

Ertinya : Membetulkan niat / Meluruskan niat

Erti Tashihun niat : Membersihkan niat semata mata kerana Allah

Fadhilat
1. Sesungguhnya Allahtidak akan menerima amalan seseorang kecuali dengan ikhlas.

2. Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupamu dan hartamu tetapi Dia akan memandang pada hatimu dan amalanmu.

3. Baginda Rasulullah Saw. Bersabda : Wahai Muadz jagalah keihklasan kerana amal yang ikhlas walau sedikit akan mencukupi.
Cara mendapatkannya

1. Dakwahkan pentingnya ikhlas.
2. Latihan dengan cara : setiap beramal periksa niat kita, sebelum beramal, ketika beramal dan setelah beramal, bersihkan niat agar semata-mata hanya kerana Allah.
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat ikhlas dalam beramal.


6. Dakwah dan tabligh khuruj fi sabilillah

Ertinya: Dakwah mengajak, Tabligh menyampaikan dan khuruj fisabilillah adalah keluar di jalan Allah.

Maksud:

1. Memperbaiki diri, iaitu bagaimana dapat menggunakan harta, diri dan waktu sebagaimana yang diperintahkan Allah.

2. Menghidupkan agama secara sempurna pada diri sendiri dan semua manusia diseluruh alam dengan menggunakan harta dan diri sendiri.


Fadhilat:
1. Allah berfirman : dan adakah yang perkataannya lebih baik daripada seseorang yang mengajak manusia kepada Allah.

2. Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk kebaikan dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang mengamalkan.

3. Sepagi sepetang di jalan Allah lebih baik daripada mendapatkan dunia dan seisinya.

Cara mendapatkan:

1. Dakwahkan pentingnya dakwah dan tabligh.

2. Latihan dengan cara : keluar dijalan Allah minimal 4 bulan seumur hidup, 40 h setiap tahun, 3hari setiap bulan dan 2,5 jam setiap hari. Tingkatkan dengan cara bertahap-tahap menjadi 4 bln tiap tahun, 10h tiap bulan dan 8 jam setiap hari.

3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakekat dakwah dan tabligh yaitu dapat menggunakan harta, diri dan waktu untuk kepentingan agama.

































 

Posted by ReDZuaN

Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)."

(HR: Ibnu Majah)

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W  

Posted by ReDZuaN



Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.



  • Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


  • Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.


  • Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


  • Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


  • Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


  • Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


  • Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

"... Ya Tuhan kami, tuangkahlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang - orang kafir." (Al-Baqarah 1:250)


 

Posted by ReDZuaN



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Moga - moga semua dalam keadaan baik. Alhamdulillah dah hari ke - 27 kita berpuasa. Semalam aku pergi shopping cari baju untuk interview nanti (bukan untuk raya) bukan tak nak beli baju melayu baru, rasanya elok lagi baju lama jadi pakai aje la nanti. Bak kata Orang lagi lama lagi elok. haha. Sejurus aku sampai AEON bukit tinggi aku pergi parking kereta, naik escalator. Naik naik masuk butik Seed, jalan jalan terserempak pulak dengan Ah Seng.

BiRd : Assalamualaikum. oi lan. (aku senyum macam kerang, boleh ke kerang senyum?)
AhSeng : oi ko..
BiRd : Ko dgn siapa lan? awek eh?
AhSeng : Mestila.. haha (ko tipu aku... aku tahu la weh) ko sorang je ke wan? ko datang dengan siapa?
BiRd : Aku datang dengan abg aku. mane awek ko? tak de pun..

AhSeng : Adela.. (aku tahu ko tipu..) Oo, ko dah ada blog sendiri eh wan?

BiRd : Alamak, macam mana ko tahu.. aduh.. ko pakai traffic feed jugak ke...
AhSeng : ha.. adela.. ada blog, senyap senyap ko yer wan..

BiRd : Aduh, kantoi pulak..

*Akhirnya aku kantoi gak.. ingat tak nak bagi tahu sesiapa aku ada blog. Bukan apa, sebab aku bukan selalu update pun.

Motif motif, haha apesal aku letak gambar kat atas tuh.. aku baru petik duit raya (petik kelapa sawit) pagi tadi sebenarnya.. macam best jer nak letak kat blog. hehe. Ini lah part time aku, paling tinggi aku pernah dapat RM250 sekali petik. Aku pernah berangan.. macam ni tak payah kerja Engineer kerja petik kelapa sawit pun bagus jugak.. bayangkan.. RM250 x 30hari = RM7,500.00 perh memang banyak.. hehe tapi kalau ada ladang kelapa sawit la.. tapi aku petik 2 minggu sekali je.. hehe. Patutla peneroka felda tu kaya kaya eh. Tapi tadi aku dapat RM73.50, alhamdulillah dapat la jugak duit raya.. tadi dapat 210kg, 210kg x 35sen = RM73.50. Tapi dulu 1kg dekat 60sen. Bayangkan 210kg x 60sen = RM126.00. Itu dulu la masa dekat dekat nak pilihanraya.. memang tak ingat naik harga..Persoalannya. Siapa yang Kawal harga kelapa sawit ni? ade sesiapa boleh tolong? tak pe la, nanti ada masa aku cari.. macam mana?, paklah kata pertanian adalah perniagaan tapi harga dah turun sampai 35sen. Harap harap naik lepas ni.. hehe



"Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything" -Muhammad Ali-





 

Posted by ReDZuaN

Orang Orang yang didoakan malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa."Ya Allah, ampunilah hambaMu karena tidur dalam keadaan suci".

(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya"Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."

(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Sahih Muslim no. 469)

3. Orang orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang - orang) yang berada pada saf - saf terdepan"

(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra bin Azib ra., hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Saih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan
sebuah kekosongan di dalam saf).
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang orang yang menyambung saf saf.""

(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim
meriwayatkan dari Aisyah ra., hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan "Amin" ketika seorang Imam selesai membaca Al
Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca "ghairil maghdhuubi alaihim waladh dhaalinn", maka ucapkanlah oleh kamu "aamiin", kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu".

(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Sahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat ( berdoa ) kepada salah satu diantara kamu selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, "Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia"

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

7. Orang orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, "Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?", mereka menjawab, "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah
mereka pada hari kiamat.""

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata "aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan.""

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan
lainnya berkata, "Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit."

(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ( berdoa ) kepada orang - orang yang sedang makan sahur."

Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa “sunnah ”

(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menziarahi orang sakit.
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang bila saja hingga petang dan di waktu malam bila saja hingga subuh."

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, Sanadnya sahih)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain."

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Sumber Tulisan Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi (Orang orang yang Didoakan Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005

Salam Ramadhan  

Posted by ReDZuaN

Photobucket

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, aku dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim di bulan Ramadhan yang dinanti nantikan ni. Moga moga bulan ni aku dapat khatamkan Quran macam tahun sudah dan tambah amal ibadah. Sepatutnya dalam minggu ni aku dah siapkan cover letter dan resume tapi satu apa pun tak mula lagi, bukan tak ada masa nak buat cuma malas. Tak pa minggu depan aku mesti siapkan punya..



Bicara Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin)di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

 

Posted by ReDZuaN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Lama tak update blog, hari ni baru rasa gatal - gatal tangan.. sebenarnya tengah sibuk buat final year project, nak hilangkan stress punya pasal update la blog. Hampir setengah tahun tak update.Yang pastinya Blog aku tak seronok dibaca macam blog lain. hehe. Walaupun aku final semester (dah extend pun) aku tak boleh nak lupakan habit aku, tiap tiap minggu mesti nak masuk event lari-lari (berekot dalam bahasa sarawak)hehe. Bulan lepas dah berapa event aku masuk, macam tak ada deria penat aku ni.

  1. Larian Bandar Di Raja
  2. Siemens Run
  3. Larian Jelajah KSN
  4. Malakoff University Duathlon Series UPM
  5. Malakoff University Duathlon Series UM
  6. Malakoff University Duathlon Series UPNM
  7. Shah Alam Adidas King of the road

baru 2 bulan dah macam macam aku buat, sampai orang cakap aku dah kurus.. banyak sangat lari. Next week InsyaAllah last event aku "Karnival Kanu Putrajaya 2008 22 August 2005 - 29 August 2008" aku masuk polo & marathon 22Km. Lari 21Km boleh.. tak kan kayak tak boleh.. Just do It.

Happy New Year  

Posted by ReDZuaN

Selamat tahun baru 2008.. tak da apa apa aku nak cerita, cuma baru baru ni ayah aku disahkan menghidap Batuk kering (TB) selalu jugak kena ulang alik Banting - Putrajaya.. harapan pertama untuk tahun ni semoga ayah aku cepat sembuh dari penyakitnya. InsyaAllah. Untuk pengetahuan juga semester ni adalah semester akhir aku. Tapi final project pun tak proceed lagi... harap harap ok nanti.

King Of The Road  

Posted by ReDZuaN

nothing to story here. Just i`m in frustated mood... ntah kenapa lah jadi macam ni.. i never want this thing happen to me. But the anything good or bad it has meaning and hikmahnya. This saturday i will go sunway pyramid to settle up 10k king of the road registeration, not ready yet for 21k coz my smoking habit not fully stop. I will stop someday. My english berterabur tapi tak de apa yang nak di malukan. Lebih baik bermula sekarang daripada aku terhegeh hegeh nak belajar bila dah grad. InsyaAllah.

Gelisah  

Posted by ReDZuaN

Gelisah

Gelisah melanda jiwa mudaku
Bagaikan lalang di padang
Di sapa angin petang membelai lembut
Menggugur bunga
Hilang dalam debu

Pedih urat nadiku
Bagaikan dicantas sembilu perindu
Melontar kata kata resah
Tanpa nyanyian indah
Lara bertamu di lubuk jiwa
Pada dinding aku mengadu

Ke puncak mana lagi
Ingin aku daki
Ke lembah mana lagi
Ingin aku harungi
Di dasar mana lagi
Ingin aku selami
Demi kesempurnaan seorang hamba..

Intersesi 2007  

Posted by ReDZuaN





Assalamualaikum. Semoga semua sahabat dalam keadaan tenang sihat sejahtera, InsyaAllah. Cuti semester ni aku isi dengan dua aktiviti utama, eh tiga.. hehe 1st aku pergi ke Terengganu program KRESMA ekspidisi berkayak Pulau Redang, Pulau Bidong & Merang (Tanah Besar) tapi berkayak dari P.Redang ke P.Bidong yang sempat. Secara keseluruhannya agak bagus program ini dan amat berbaloi RM200 untuk 7 hari. Makan tanggung berak cangkung. ehehe. semua dapatlah. Cuci mata pun dapat eheh bukan skodeng yer tapi snorkeling. Skodeng sikit2. Program berjalan selama 7 hari 15mei - 21mei. Habis Sunburn aku..




2nd aku amek intersesi, biasalah orang tak berapa cerdik. kena belajar rajin2 baru boleh jadi cerdik. aku amek dua subjek Bussiness Of Management & Advanced Electronic. Perh boleh tahan susah jugak.. apa yang tak susah kat dunia ni. nak makan pun kene mengunyah.. ehehe. Hopefully dua2 subjek tuh aku score. Tak score, lulus pun alhamdulillah.Gambate Kudasai.








 

Posted by ReDZuaN

Assalamualaikum.. ahaha.. ini first gambar yang aku up;oad kat blog ni.. ni event kat POWER Run10k kat dataran merdeka 22 April 2007. aku dapat #135 57 min 30 sec. memang pancit giler.. nasib dapat medal.. untuk improvement memang takde..
Setakat ni aku dah lepas 2 paper.. insyaAllah tak sangkutla.. it could be better than b4.. lepas ni ader dua lagi paper ELE 431 ( Solid State Device) 7 May & EPO 541 ( Advanced Power Machine) 8 May. Dua dua subjek ni boleh dikatakan killer la jugak ( bagi aku la.. org lain tak tahu..) hopefully aku dapat jawab.. lulus pun alhamdulillah.

Tahan Eco Challange  

Posted by ReDZuaN

AlloOo lama tak masuk aku punye blog nih... nothing to story here, just i have an event on middle of march. hee Tahan Eco challange. tgk dia punya task dia susah gila. kalau commando tak pe.. ( http://www.tamannegaraecochallenge.com/ ) minggu ni pun aku tak bz sangat, cuma assignment and tutorial yang tak settle lagi.. erm cerita pasal eco challange ni memang mencabar. aku masuk ni pun bukan nak menang. just want the experience. kalau tak bila lagi nak rasa kan? tapi fitness pun tak cover lagi. dah la mula merokok dah.. hee.. Semalam lepas balik dari gym pun g minum dengan muqarabin ( pendaki everest tu..) lepak cam biasa la. tanya tanya sikit.. yang takut nye bila aku tanya sikit.. dia cerita panjang lebar .. risau aku .. aku tanya pasal food supplement pun dia pi keta terus amek sample.. pastu terangkan kat aku.. fuh macam nak promote barang jer ( memang kaki bisness dia ni ..) seram beb.. tapi dia okla, friendly. belajar la betul betul. jangan hampakan harapan ibu & ayah..

janji habis !!